Wednesday, November 4, 2009

APA ITU PAROL

APA ITU PAROL?

Parol bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
(Akta Penjara (Pindaan 2008) Bahagian IVA seksyen 46a(d))

Perintah Parol bermaksud perintah pelepasan secara parol yang dibuat oleh suatu Lembaga Parol.
(Akta Penjara (Pindaan 2008) Bahagian IVA seksyen 46a(d))

Lembaga Parol bermaksud pegawai yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong terdiri daripada;

  • Seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
  • Seorang Pegawai Kanan Penjara
  • Seorang Pegawai Kanan Polis
  • Seorang Pegawai Kanan Kebajikan
  • Tiga orang awam

(Akta Penjara (Pindaan 2008) Bahagian IVA seksyen 46B(2)(a,b,c,d,e))